My Blog List

Saturday 5 November 2016

The Best Between The Perfect "the struggle of 2017"

Assalamualaikum WBT..

Tajuk di atas dipilih sebagai post pertama blog Lumut Leisure Travel & Tours Kuala Lumpur Branch. Membawa maksud yang penuh makna bagi kami di sini 'mencuba yang terbaik diantara yang sempurna! dengan penuh semangat kami team LLT kl bakal menjadikan tahun 2017 sebagai tahun 'LUCK' untuk kami dengan department terbaru kami iaitu MICE (Meeting, Incentive, Conference and Exhibitions ) Corporate / sales Department dimana kami bakal menyediakan pelbagai facilities untuk group group corporate dari kami. Pelbagai pakej MICE yang menarik dan sistem agent sales corporate bakal diterapkan dalam sistem pakej mice dari kami.

Alhamdulillah berkat sokongan agent-agent LLT kl branch dan izin Allah SWT selama ini, syarikat ini masih lagi bertahan walaupun kadang-kala ada juga masalah-masalah yang tidak terduga berlaku. Terkadang sehingga terlupa akan masa bersama keluarga ataupun teman untuk terus mengotakan semangat untuk memastikan setiap trip berjalan lancar. Begitulah komitmen kami di dalam mengotakan apa yang telah dijanjikan kepada para tetamu.

Namun begitu takdir tuhan melebihi segalanya. Kadang-kala apa yang dirancang tidak berjalan lancar. Kami menganggap itu sebahagian dari ujian dari Yang Maha Esa untuk menguji keimanan kami kepada-Nya. Kami juga menerima teguran dan kritikan dengan hati yang tebuka kerana menganggap itu tandanya Allah SWT dan para pelanggan kami dan agent-agent corporate mahukan LLT kl branch melangkah lebih tinggi dalam terma servis yang diberi. Harapan kami agar semua pelanggan dan agent-agent LLT memaafkan sebarang kesilapan dari kami di sini dan dengan izin Yang Maha Esa, kami berjanji untuk memperbaiki segala kelemahan tersebut.

Maka dengan kesempatan ini juga kami ingin mengalu-alukan kehadiran team MICE dan team LLT ke dalam organisasi ini. Diharapkan agar mereka ini semua dapat memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan dan agent-agent LLT kl branch.

LLT kl branch juga akan update maklumat mengenai pakej-pakej yang mempunyai harga istimewa kepada anda melalui sms, email, flyer, facebook  facebook (www.facebook.com/lumutleisure)

Akhir salam, doakan kami agar terus bersemangat menjadi yang sempurna dan bersama kita sentiasalah memuji Yang Maha Esa kerana Dia kekal selama-lamanya..


Regards
LUMUT LEISURE KUALA LUMPUR

0378322729

D-10-2, 1ST FLOOR DANA 1,
COMMERCIAL CENTRE,
JLN PJU 1A/46, 

473001 PETALING JAYA.

No comments:

Post a Comment